Skip to main content
MENU

KURSUS PEROLEHAN KERAJAAN

11 - 12 Jun 2024 | Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak & Bilik Mesyuarat Pekaka Emas Majlis Daerah Tangkak.

Telah berlangsung selamat 2 hari, Kursus Perolehan Kerajaan yang disertai seramai 46 anggota Majlis Daearah Tangkak disampaikan oleh Pegawai dari Bahagian Perbendaharaan Negeri Johor Encik Muhammad Nashruddin Al-Fateh Bin Mohd Sapie.

Kursus ini bertujuan memantapkan lagi ilmu pengetahuan anggota tentang kaedah /tatacara perolehan terkini Kerajaan di jabatan mengikuti garis panduan ditetapkan.

OPERASI SEPADU TASKFORCE (TUNGGAKAN CUKAI HARTA)

Aktiviti serahan Notis E Cukai Harta Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ke atas 7 unit harta industri (kilang / bengkel / stor / Gudang) yang mempunyai tunggakan cukai harta yang gagal dijelaskan bayaran oleh pemilik

Tarikh : 14 Mei 2024
Lokasi : Kawasan Perindustrian Tanjung Agas

Aktiviti ini dilaksanakan bagi tujuan memberi peringatan atau kesedaran pemilik harta mengenai pembayaran cukai harta sebelum tindakan undang-undang / denda lewat (caj sek.147) / harta disita diambil.

PROGRAM BULANAN KITAR SEMULA 3R PERINGKAT MAJLIS DAERAH TANGKAK

Program Bulanan Kitar Semula 3R Peringkat Majlis Daerah Tangkak

Tarikh : 30 April 2024 @ 8.30 pagi

Program 3R diadakan setiap hujung bulan. Penglibatan dari wargakerja MDT dan Ahli Majlis MDT bagi memupuk semangat mencintai Alam Sekitar.

Pecahan kutipan seperti berikut :

  • kertas ( 69.30 kg)
  • plastik ( 8.00 kg)
  • Aluminium ( 1.00kg)
  • Jumlah kutipan 3R ( 78.30 kg)

Hadiah - hadiah yang disediakan :

MAJLIS BACAAN YASSIN & TAHLIL

18 April 2024 | Khamis | 8:00 am | Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak,Johor.

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Oleh Ketua Jabatan / Unit Serta Warga Kerja Majlis Daerah Tangkak untuk:

Almarhum YM Ungku Mohd Zaffrin Bin Ungku Mohd Zaman
Yang Dipertua, Majlis Daerah Tangkak

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali"

Al-Fatihah...(dibaca)

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم