Skip to main content
MENU

Masjid

Masjid Sultan Ismail

Lokasi masjid ini terletak di kawasan perindustrian Tanjung Agas dan berada di sebelah kanan (dari Tangkak) sebelum merentasi jambatan Sultan Ismail dan kedudukannya bertentangan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di seberang sungai (Muar).

Masjid Jamek Tangkak

Masjid Jamek Tangkak berada di Bandar Tangkak iaitu kira-kira 0.5 km dari Pusat Bandar Tangkak. Pejabat Agama Islam Ledang juga di tempatkan di dalam kawasan masjid ini.

Masjid Jamek Bukit Gambir

Masjid Jamek Bukit Gambir terletak di kawasan pekan Bukit Gambir (Jalan Serom – Grisek).

Masjid Jamek Al-Istiqamah

Masjid Jamek ini terletak di Pekan Rawang (Jalan Tangkak – Muar)