Langkau ke kandungan utama
MENU

Majlis Penyerahan Insentif Khemah Kepada Usahawan Mikro

26 Januari 2026 (Isnin)
 
DUN Serom & DUN Gambir
Majlis Penyerahan Insentif Khemah kepada usahawan mikro telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Januari 2026 (Isnin) melibatkan dua lokasi pelaksanaan.
 Perkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Serom
Penyerahan telah disempurnakan oleh:
YB Puan Hajah Khairin-Nisa Binti Ismail @ Md On Khairin-Nisa Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor
Merangkap ADUN Serom
 Perkarangan Terminal Bas & Teksi Bukit Gambir
Penyerahan disempurnakan oleh:
YB Tuan Sharihan Bin Jani.
ADUN Gambir
Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
* Yang Berbahagia Encik Fakhruddin bin Shariff, Setiausaha Majlis Daerah Tangkak
* Datuk Haji Abdull Rahim bin Talib, Ketua WHIP Majlis Daerah Tangkak
* Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Tangkak
Seramai 50 penerima telah menerima manfaat insentif ini sebagai sokongan kepada pengukuhan ekonomi usahawan mikro di Daerah Tangkak.
Majlis Daerah Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
- YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi,Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi
- YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor
Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Johor melalui PUJB atas insentif khemah yang diberikan demi membantu kelangsungan perniagaan usahawan mikro.