APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Daerah.
SIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN
Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Daerah.
MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN
Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Daerah menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.
MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS DAERAH
Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan dua kali setahun iaitu untuk tempoh:-
- Setengah Tahun Pertama 1 Jan – 28 Feb
- Setengah Tahun Kedua 1 Julai - 31 Ogos
BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN
Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-
Tempoh
|
Tarikh Akhir
|
---|---|
Setengah Tahun Pertama
|
1 Januari - 28 Februari
|
Setengah Tahun Kedua
|
1 Julai - 31 Ogos
|
APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA
Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Daerah mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.
KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL
Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Daerah untuk mendapatkan bil salinan.
Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alas an tidak menerima bil tidak akan dilayan.
APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI
- Bertanggung jawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.
- Memberitahu pihak Majlis Daerah jika hartanah anda dijual, ditukar hak milik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.
- Memberitahu pihak Majlis Daerah tentang sebarang pertukaran alamat pos.
- Memberitahu pihak Majlis Daerah jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.
- Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.
BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI
Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.
JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN
Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau dating sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.
TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
- Denda 1% sebulan atau sebahagian dari padanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.
- Mendaftar kaveat ke atas hartanah.
- Perlaksanaan waran tahanan harta alih. Pelelongan harta alih yang dirampas.
- Pelelongan harta alih yang dirampas.
- Tindakan mahkamah.