MENU

Uptown Tangkak

Port Makan Santai hujung minggu di Daerah Tangkak merupakan satu tarikan terbaru di daerah ini.

Menjadi tumpuan dan lokasi pilihan penduduk tempatan atau berhampiran untuk merasai pelbagai variasi makanan yang di jual di sini. Dibuka setiap Khamis hingga Ahad bermula jam 5 Petang hingga 12.00 Tengah Malam.

Lokasi: Kawasan Tempat Letak Kereta Di Belakang Pejabat Daerah Tangkak.

Untuk maklumat lanjut folow FB Page: Uptown Tangkak

PITSTOP @ TANGKAK
 
Satu lagi produk Pelancongan Makanan Daerah Tangkak secara rasminya akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2024. Lokasi yang strategik di Kawasan Perindustrian Tangkak hanya 200 meter sahaja dari Tol Tangkak.
Ianya akan dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 11.00 malam dengan hidangan pelbagai jenis menu makanan.
Diharap dengan adanya PitStop ini akan lagi merancakkan ekonomi Daerah Tangkak dan sekaligus menjadi persinggahan wajib bagi pengunjung tempatan dan tidak langsung memberi pilihan yang ideal kepada pengguna Lebuhraya Plus yang ingin berehat sebentar.
 

 

Murtabak Singapura

murtabak

Antara retoran yang menjual murtabak singapura ini ialah Restoran Nurtabak JD yang terletak di pekan Tanjung Agas. Disini para pelanggan boleh menikmati murtabak samada saiz besar atau saiz kecil dan murtabak special. Waktu operasi restoran ini ialah dari jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.

 

Restoran Intan (Asam Pedas)

asam_pedas

Masakan asam pedas boleh dinikmati di Restoran Intan di Pekan Tanjung Agas. Pelbagai masakan asam pedas dihidangkan disini untuk sajian tengahari.

 

Arked Mara Tangkak

arked mara

Lokasi terletak di pusat Bandar Tangkak bersebelahan terminal bus Tangkak. Terdapat pelbagai gerai yang menjual makanan dari pagi hingga ke petang.

 

Terminal Bas & Teksi Tangkak

terminal bas

Terdapat lebih dari 4 unit gerai makan yang terdapat disini. Antaranya gerai makan yang popular adalah gerai asam pedas. Disini juga terdapat jualan pes/ rempah mee bandung, mee rebus dan sebagainya.

 

Terminal Bas & Teksi Bukit Gambir (Gambir Square)

Terminal Bas dan Teksi Bukit Gambir turut di kenali sebagai Gambir Square telah di rasmikan pada 14 Januari 2024 Oleh Y.Bhg Encik Mohd Farid Bin Kassim , Pegawai Daerah Tangkak.