MENU
Adalah dimaklumkan bahawa kursus pengendalian makanan Anjuran Majlis Daerah Tangkak akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut.
TARIKH : 30 JUN 2024(AHAD)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA BUKIT GAMBIR.
Bayaran RM 50.00 dikenakan kepada peserta untuk pendaftaran kursus.
Tambahan RM10 akan dikenakan untuk satu alamat jika sijil dipos ke alamat peserta.
SILA AMBIL PERHATIAN, mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam subperaturan (1) atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983 .
Sebarang pertanyaan sila hubungi 06-9788112