Skip to main content
MENU

GOTONG ROYONG PERDANA

Anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 19

Taman Bandar Baru Bukit Gambir

Program gotong royong ini adalah program anjuran JKPZ 19 yang diketuai oleh Ahli Majlisnya Tn Hj Zainal b Kahar. Program ini telah dirasmikan Oleh YB Tuan Sahrihan b Jani ADUN Gambir. Turut hadir ialah Ketua WHIP MDT Datuk Hj Abdull Rahim b Talib, wakil Majlis Daerah Tangkak, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak, Polis Bukit Gambir, SWCorp Muar & Tangkak, SWM Environment Sdn Bhd Tangkak ,Bomba Bukit Gambir serta penduduk sekitar Taman Bandar Baru Bukit Gambir.

Program dimulakan dengan senaman J-robik, gotong royong dan penyampaian bantuan makanan kepada 22 keluarga yang memerlukan.