MENU
BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) ‘SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGs) ROADMAP’ DAN ‘VOLUNTARY LOCAL REVIEW (VLR)’ MAJLIS DAERAH TANGKAK
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
23 JUN 2024 (AHAD), bersamaan 16 Zulhijjah 1445H – Satu bengkel Focus Group Discussion (FGD) ‘Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap’ Dan ‘Voluntary Local Review (VLR)’ Majlis Daerah Tangkak telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.
Bengkel ini merupakan anjuran bersama dengan URBANICE Malaysia yang diketuai oleh Dr. Asmizam Bin Abdul Rashid selaku Timbalan Ketua Eksekutif URBANICE Malaysia dan Majlis Daerah Tangkak.
Seramai 71 orang peserta terlibat dalam program ini yang terdiri daripada agensi dan jabatan dari peringkat negeri dan daerah. Program ini juga turut disertai oleh penglibatan wakil-wakil penduduk dari setiap zon Ahli Majlis Daerah Tangkak.
Tujuan bengkel FGD ini diadakan adalah bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu-isu, potensi, masalah, cadangan dan pandangan tentang hala tuju pembangunan mampan di Daerah Tangkak. Maklum balas berkenaan akan dijadikan sebagai Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan – ‘Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap’ dan ‘Voluntary Local Review (VLR)’ yang merupakan perinmegkat kedua bagi mengukur kemajuan SDG di Tangkak. Laporan ini akan dibawa dan dibentangkan dalam perbincangan VLR di peringkat SDG antarabangsa.
Pihak Pentadbiran mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi yang terlibat serta penduduk Daerah Tangkak yang bersama-sama menjayakan program ini.