Senarai Akta
Bagi mengukuhkan lagi sistem pentabiran Majlis Daerah Tangkak (MDT) ini, terdapat penambahan dari segi penggunaan akta, iaitu Akta A 933. Akta ini akan memperkukuhkan lagi penggunaan Akta 172 di MDT. Peranan terperinci akta-akta yang diguna pakai ini adalah seperti jadual dibawah :-
Bil | Akta | Undang-undang | Peranan |
---|
1. | Akta 171 | Akta Kerajaan Tempatan 1976 | Mengandungi peruntukan berhubung tanggungjawab pentadbiran, kewangan serta kuasa PBT, peranan dan tanggungjawab mengenai tempat awam, kesihatan, perdagangan, pengangkutan dan lalu lintas, tempat perkuburan, perlesenan, kadar dan nilaian serta alam sekitar. |
2. | Akta 172 | Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 | Peranan dan kuasa PBT di dalam mengatur, mengawal, merancang pemajuan dan kegunaan semua tanah dan bangunan di dalam kawasan pentadbirannya. |
3. | Akta A933 | Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan 1995) | Mengawal pembangunan, pemeliharaan pokok dan kawasan-kawasan kemajuan. |
4. | Akta 133 | Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 | Kuasa PBT berhubung tanggungjawab perancangan jalan, parit dan bangunan di dalam kawasan pentadbirannya. |
5. | | Undang-Undang Kecil (UUK) | 1) Undang-undang Kecil Pasar (MDMU) 1981 2) Undang-Undang Kecil Penjaja(MDMU)1981 3) Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MDMU) 1981 4) Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Profesyen (MDT) 2017 5) Undang-Undang Kecil Iklan (MDMU) 1981 (Pindaan ) 1990 6) Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan (Akta 171) (MDMU) 7) Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MDMU) 1987 8) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MDMU) 1988 9) Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDT) 2017 10) Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDMU) 1985 11) Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDMU) 1988 12) Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MDMU) 1995 13) Undang-Undang Kecil Taman (MDMU) 1987 14) Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MDMU) 1995 15) Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MDT) 2003 16) Undang-Undang Kecil Mendapatkan Tunggakkan (MDT) 2017 17) Undang-Undang Kecil Vandalisme (MDT) 2017 18) Undang-Undang Kecil Pengawalan Dan Pengawasan Tempat-Tempat Makan (MDT) 2017 19) Undang-Undang Kecil Bayaran Denda (Lesen) (MDT) 2017 20) Undang-Undang Kecil Pasar Malam / Sehari (MDT) 2017 21) Perintah Lalulintas Jalan Peruntukan Tempat Letak Kereta (MDT) Pindaan 2020 22) Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MDT 2003 23) Undang-Undang Kecil Spa (MDT) 2021 |