Majlis Daerah Tangkak dan pihak SWCorp Muar & Tangkak telah menjalankan operasi mencegah kekotoran di kawasan perniagaan Taman Utama Gersik, Gersik. Sebanyak 3 premis yang terdiri daripada kedai runcit dan kedai makan telah diperiksa. Hasil pemeriksaan premis-premis tersebut, sebanyak 3 kompaun dan 3 notis pembersihan telah dikeluarkan. Majlis Daerah Tangkak memandang serius isu kebersihan kawasan perniagaan selain daripada kebersihan bandar.
Sama-samalah kita menjaga kebersihan bandar dan persekitaran.