Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
- Menjamin akan memberikan layanan dan perkhidmatan yang memuaskan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- Berjanji segala urusan pindahmilik daripada pemaju akan dimaklumkan dengan segera dengan syarat disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
- Menjamin taksiran dibuat dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
- Memberi kemudahan membayar cukai secara beransur-ansur.
- Membantu menyelesaikan masalah pengguna dan akan menyiasat setiap aduan yang diterima dan maklumatnya akan dirahsiakan.
Jabatan Kejuruteraan
- Memberi kelulusan pelan-pelan bangunan/ubahan/tambahan dengan syarat yang disertakan dengan dokumen-dokumen lengkap.
- Memberi kelulusan pelan susunatur.
- Mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CFO)
Jabatan Perlesenan Dan Penguatkuasaan
- Menjalankan semua aktiviti penguatkuasaan mengikut semua undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh majlis
- Membantu Bahagian-Bahagian dalam Pentadbiran majlis menjalankan tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi bahagian masing-masing
- Membantu agensi kerajaan yang berkaitan jika perlu bagi menyelesaikan tindakan undang-undang agensi tersebut