Penyediaan Beg Penkulturan cendawan menggunakan medium organik iaitu, habuk kayu dan sekam padi. Medium tersebut dicampur dengan kapur pertanian dan air dalam nisbah yang tertentu, kemudian dibegkan mengikut berat tertentu. Seluruh proses perlu dikawal secara bersih dan rapi. Racun serangga dan baja tidak digunakan. |
Pembersihan, Pengasingan, Pembungkusan Cendawan yang sudah tuai dihantar ke bahagian pembungkusan. Mula-mula, cendawan akan dibersihkan dan dikategorikan sebelum dibungkus. Contohnya, cendawan yang bersaiz kecil akan dipilih untuk dijadikan Cendawan Tiram Kecil. Akhirnya, cendawan segar yang sudah dibungkus akan dipasarkan. |
Berbuah & Penuaian Masa untuk cendawan mengeluarkan hasil berubah mengikut spesis. Cendawan Tiram Kelabu mula berhasil 60 hari selepas penyuntikan benih. Pada hari ke-5, cendawan akan dituai. Pengeluran Cendawan Tiram Kelabu adalah sebanyak 4 tan sehari secara purata. |
Penyuntikan Benih Beg cendawan yang sudah dikukus akan dihantar untuk proses penyuntikan benih dilakukan secara aseptik. Bilik penyuntikan benih sentiasa dikawal supaya bersih, dipasang penyaman udara, dan pekerja pula akan dibasmikuman sebelum masuk ke bilik tersebut. |
Pengukusan Selepas penyediaan beg cendawan, pengukusan dijalankan dengan menggunakan steamer. Pengukusan pada 100 °C akan membunuh mikroorganisma. Proses ini mengambil masa 6 jam. |