MENU
* 13 Mac 2024 | Rabu| TANGKAK I*
 
Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak, YM Ungku Mohd Zaffrin bin Ungku Mohd Zaman mengambil kesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama para peniaga di tapak Bazar Ramadhan Jalan Naib Long, Tangkak semalam. Hasil tinjauan mendapati bazar pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya yang mana 60 lot tapak niaga dibuka bagi menyemarakkan bulan Ramadhan.
 
Turut bersama dalam lawatan tersebut, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Tangkak dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit serta penganjur bazar. Bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan/minuman terjamin serta peniaga mematuhi syarat-syarat lesen, pemeriksaan dan pemantauan kualiti makanan serta tapak niaga dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan oleh pihak Majlis Daerah Tangkak dan Pejabat Kesihatan Daerah. Selain itu, penganjur bazar turut diingatkan supaya menjaga kebersihan.
 
Marilah kita semua bersama-sama memeriahkan bazar yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman.