MENU
1 Julai 2024 | Isnin
Satu Program GORO Mega Peringkat Daerah Tangkak telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak bersama Majlis Daerah Tangkak, Combi Daerah Tangkak, SWCorp Muar & Tangkak dan Kemas Daerah Tangkak di Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas, Tangkak.
Program ini telah dirasmikan oleh En Ab Rahman B Mohamed @ Ismail, Setiausaha Majlis Daerah Tangkak. Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Daerah Tangkak, Ahli-ahli Majlis, Pengerusi COMBI Daerah Tangak, Pengerusi KRT Daerah Tangkak, Southern Volunteers (SV) Muda dari SMK Parit Bunga dan lapisan masyarakat kawasan sekitar.
Pelbagai aktiviti telah diadakan selain gotong royong antaranya pameran, Pertandingan Mewarna dan Pemeriksaan Kesihatan. Semoga program ini dapat memberikan kesedaran kepada penduduk sekitar dan seluruh warga Tangkak tentang bahayanya Nyamuk Aedes dan Demam Denggi serta kepentingan menjaga kawasan persekitaran kediaman masing-masing.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.