MENU
Jutaan Tahniah kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Majlis Bandaraya Pasir Gudang , Majlis Perbandaran Muar & Majlis Perbandaran Batu Pahat atas pengiktirafan dalam 'MIP Planning Excellence Award 2022' pada 16 Januari 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
1. *MBJB* - Gold Award di bawah Kategori Inclusive Design bagi projek Coronation Avenue - Pedestrian Connectivity Improvement Project in Downtown JB
2. *MBJB* - Gold Award di bawah kategori Planning Service Excellence bg projek GeoJB Portal : An Urban Manifestation
3. *MBJB* - Silver Award di bawah Kategori Heritage and Conservation bagi projek The Ei8ht - The Conservation of 8 Shophouses
4. *MBIP* - Bronze Award di bawah Kategori Low Carbon Planning untuk projek Iskandar Puteri Rendah Karbon - Build Agile Community and Sustainable Cities From Within
5. *MBPG* - Silver Award di bawah Kategori Strategic Planning bagi Dokumen Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2030
6. *MPM* - Silver Award bagi Kategori Inclusive Design bagi projek Muar Inklusif : Bandar Mesra Autisme
7. *MPM* - Bronze Award di bawah Kategori Community Based Planning dengan tajuk projek Nurseri Komuniti Titian Bakau Parit Kassim Laut, Muar
8. *MPBP* - Silver Award di bawah Kategori Placemaking and Public Space bagi Projek Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Warisan di Jalan Ibrahim, Batu Pahat
Majlis penganugerahan yang dianjurkan *Malaysia Institute of Planners* ini bertujuan mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh pelbagai agensi terutamanya PBT dalam mendepani cabaran pembangunan perbandaran dan memberi penghormatan kepada projek yang menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam perancangan, reka bentuk dan pembangunannya, yang membawa impak positif kepada orang ramai dan persekitaran keseluruhan.
Semoga Johor dibawah urus tadbir YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi akan terus mencipta kejayaan.