MENU

KENYATAAN TAWARAN ( KHAS UNTUK BUMIPUTERA )

1.      Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor yang berdaftar di Majlis Daerah Tangkak, serta memiliki Sijil-sijil di bawah Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SSPK) oleh CIDB, Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB, Sijil Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh PKK dalam Gred dan Kategori dan telah dibuat pendaftaran dengan JCCD yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja sebagaimana berikut:- (Rujuk pautan di bawah)

2.        Dokumen sebutharga akan dijual mulai daripada 11hb April 2023 (Selasa) sehingga 20hb April 2023 (Khamis) dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang (semasa waktu pejabat) di Jabatan Khidmat Pengurusan, Pejabat Besar Majlis Daerah Tangkak, 84900 Tangkak, Johor. Bayaran bagi dokumen sebutharga hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang pos (money oder) atau wang kiriman pos berpalang (postal order), dan dibayar atas nama Ketua Agensi berkenaan. Bagi Jabatan Mengakaun Sendiri, bayaran boleh juga dibuat kepada Ketua Akauntan Jabatan berkenaan. Wang Tunai atau cek tidak boleh diterima selaras dengan ketetapan 1PP-PK2 perenggan 8(iii) (e)(5).

Tender Ref: 
MDT.17-1/1/2023/PROJEK & MDT.17-1/2/2023/PROJEK
Tender Closing Date: 
Khamis, 20 April 2023