31 Disember 2025 | Majlis Daerah Tangkak
Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor, Cawangan Tangkak bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara kepimpinan kampung dan pihak berkuasa tempatan.
Kunjungan ini diketuai oleh Tn Haji Ramli bin A. Rahman, Yang Dipertua Persatuan, bersama Tn Ithnin bin Kassim, Naib Yang Dipertua, dan Tn A. Razak bin Khairan, Setiausaha Persatuan Ketua Kampung.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat telah dibincangkan.
Majlis Daerah Tangkak sentiasa komited untuk bekerjasama dengan kepimpinan kampung dalam memastikan pembangunan yang dilaksanakan memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat Daerah Tangkak.