13 Julai 2024
Anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 19
Taman Bandar Baru Bukit Gambir
Program gotong royong ini adalah program anjuran JKPZ 19 yang diketuai oleh Ahli Majlisnya Tn Hj Zainal b Kahar. Program ini telah dirasmikan Oleh YB Tuan Sahrihan b Jani ADUN Gambir. Turut hadir ialah Ketua WHIP MDT Datuk Hj Abdull Rahim b Talib, wakil Majlis Daerah Tangkak , wakil Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak , Polis Bukit Gambir, SWCorp Muar & Tangkak, SWM Environment Sdn Bhd Tangkak ,Bomba Bukit Gambir serta penduduk sekitar Taman Bandar Baru Bukit Gambir.
Program dimulakan dengan senaman J-robik, gotong royong dan penyampaian bantuan makanan kepada 22 keluarga yang memerlukan.