09 Nov 2023
Anugerah Bandar Paling Mampan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Majlis Daerah Tangkak sekali lagi melakar sejarah setelah mendapat pengiktirafan antara 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia bagi Tahun 2023 bagi Bandar Paling Mampan. Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mewakili YBM KPKT sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang telah diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 9 November 2023.
Pihak Majlis Daerah Tangkak ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih semua warga penduduk Daerah Tangkak di atas sokongan dan kerjasama dalam mengekalkan Bandar Paling Mampan buat tahun kedua berturut-turut. Semoga kemakmuran Daerah Tangkak dapat diteruskan dan dikekalkan.