Menurut subseksyen 13(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), adalah ini diberitahu bahawa salinan Draf Rancangan Tempatan Daerah Tangkak 2030 (Pengubahan 1) adalah tersedia untuk diperiksa pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
TARIKH |
MASA |
TEMPAT |
01 Februari 2020 (Sabtu)
hingga
28 Februari 2020 (Jumaat)
|
9.00 pagi hingga 4.30 petang (Ahad – Rabu)
9.00 pagi hingga 3.00 petang (Khamis) Tutup pada hari Jumaat, Sabtu dan Cuti umum. |
Majlis Daerah Tangkak 84900, Tangkak
PLANMalaysia@Johor Aras 1, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang 79646 Kota Iskandar, Iskandar Puteri |
Sebarang maklum balas / cadangan / bantahan boleh dibuat melalui Borang Penyertaan Awam yang disediakan secara percuma di lokasi-lokasi sebagaimana di atas atau melalui laman web yang dinyatakan di bawah sebelum atau pada 28 Februari 2020.
Semua borang, surat atau memorandum hendaklah dialamatkan kepada:
MAJLIS DAERAH TANGKAK
84900 Tangkak, Johor Darul Ta’zim
Laman web MDT: www.mdtangkak.gov.my
Laman web PLANMalaysia@Johor: https://jpbd.johor.gov.my/