Skip to main content
MENU

KENYATAAN SEBUTHARGA (PAKAIAN SERAGAM) TARIKH TUTUP: 11 NOV 2026

KENYATAAN SEBUTHARGA (PAKAIAN SERAGAM)

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah tajuk/kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja sepertimana di lampiran :-

Pejabat YangMemanggil Sebutharga

 

TajukProjek

Gred, Kategori, Pengkhususan

Harga Dokumen

Tarikh Dokumen Dijual

Tarikh dan Waktu Tawaran Ditutup

Tarikh Lawatan Tapak

Pejabat Besar Majlis Daerah Tangkak, Jalan Sialang,

84900 Tangkak, Johor

 

Di Talian

06-9781261 / 9782226

1. MEMBEKAL DAN MENJAHIT PAKAIAN SERAGAM UNTUK KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TANGKAK YANG LAYAK MENGIKUT JENISNYA BAGI TAHUN 2026.

Rujukan: MDT 1/29/18/2026

020801    –PAKAIAN

ATAU

 

020802 -  KELENGKAPAN PAKAIAN

 

ATAU

 

020804 – PAKAIAN KESELAMATAN, KELENGKAPAN & AKSESORI

 

 

RM 30.00

 

(Tidak akan dikembalikan)

Tarikh: 04.11.2026

(Rabu)

Hingga 11.11.2026

(Rabu)

11.11.2026

(Rabu)

 

Jam : Sebelum12.00 Tengahari

Tiada

2. Dokumen tawaran boleh didapati pada hari dan waktu seperti berikut:

Hari

Waktu

Isnin hingga Jumaat (kecuali sabtu, ahad dancuti umum)

8.00 pagi hingga4.00 petang

(kecuali hari tutuptawaran adalah sebelum jam 12.00 tengahari)

di kaunter Pejabat Majlis Daerah Tangkak (Kaunter 5 – Sebut Harga/Tender) dengan nilai bayaran seperti di atas dalam bentuk draf bank/kiriman wang pos (money order)/kiriman pos berpalang (postal order)/secara imbasan kod QR atas nama Majlis Daerah Tangkak. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh itu.

3. Kontraktor-kontraktor yang berminat memasuki sebutharga adalah dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ASAL yang masih sah, berdaftar dengan Majlis Daerah Tangkak dan Kad Pengenalan Pemilik. Pihak pembekal juga bertanggungjawab untuk menyemak dokumen sebutharga dengan teliti.

4. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta dinyatakan tajuk sebutharga yang berkenaan di atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Lobi Utama, Pejabat Majlis Daerah Tangkak, 84900 Tangkak, Johor sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup 11.11.2026 (Rabu)

(SHAMSUL ARIFF BIN SULAIMAN) 
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK