MENU
TANGKAK I 17 Mac 2024 [Ahad] – YM Ungku Mohd Zaffrin bin Ungku Mohd Zaman selaku Yang Dipertua, Majlis Daerah Tangkak telah turun melawat dan membuat tinjauan kawasan tapak Bazar Ramadhan di Dataran Parit Haji Othman, Tg. Agas, Tangkak
Yang Dipertua juga berkesempatan beramah mesra bersama para peniaga dan membeli jualan juadah berbuka puasa yang dijual oleh para peniaga.
Untuk tahun ini seramai 56 peniaga menyertai bazar di lokasi ini dan antara bazar yang paling meriah di Daerah Tangkak.
Turut hadir sama, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Tangkak dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit serta Penganjur bazar.
Bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan/minuman terjamin serta peniaga mematuhi syarat-syarat lesen, pemeriksaan dan pemantauan kualiti makanan serta tapak niaga dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan oleh pihak Majlis Daerah Tangkak dan Pejabat Kesihatan Daerah. Selain itu, penganjur bazar turut diingatkan supaya menjaga kebersihan.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan bazar dan menyokong peniaga kecil tempatan.