*MENJUNJUNG TITAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR*
MAJLIS DAERAH TANGKAK MENDOKONG PENUH TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI TERUS MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN ISLAM DI NEGERI JOHOR.
MAJLIS DAERAH TANGKAK PADA 20 MAC 2024 JAM LEBIH KURANG 4.00 PETANG, DIKETUAI OLEH TUAN KADI DAERAH TANGKAK BERSAMA 45 ORANG PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG TERDIRI DARIPADA PEJABAT DAERAH TANGKAK, PEJABAT KADI DAERAH TANGKAK, IPD TANGKAK, KPDN DAN MAJLIS DAERAH TANGKAK TELAH MEMBUAT SERBUAN SERENTAK DAN PEMERIKSAAN MENYELURUH KE ATAS 4 PREMIS PERNIAGAAN KK SUPERMART & SUPERSTORE DI TANGKAK, SEROM DAN BUKIT GAMBIR.
HASIL SIASATAN MENDAPATI PREMIS TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI BARANGAN YANG DIMAKSUDKAN IAITU STOKING YANG TERTERA KALIMAH ALLAH DI PREMIS TERSEBUT.
__________________________________________________________
TUGASAN JABATAN PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN MAJLIS DAERAH TANGKAK
AKTIVITI : OPERASI KHAS BERSEPADU DI DAERAH TANGKAK
TARIKH : 20 MAC 2024 / RABU
MASA : LK JAM 04.00 PETANG - 05.00 PETANG
LOKASI :
- JALAN BIDARA, TAMAN TANGKAK JAYA
- JALAN MUAR, TANGKAK
- JALAN JAYA, SEROM 3
- JALAN GAMBIR 1, BUKIT GAMBIR
HASIL LAPORAN
1. PEMERIKSAAN
- PEMERIKSAAN PREMIS BEROPERASI TANPA LESEN DAN LANGGAR SYARAT LESEN.
2. PELANGGARAN :
- SEMASA PEMERIKSAAN PREMIS MENDAPATI TERDAPAT MINUMAN KERAS YANG DIJUAL TANPA LESEN YANG SAH
3. PENGUATKUASAAN
- 2 NOTIS KOMPAUN ATAS KESALAHAN LANGGAR SYARAT LESEN DIBAWAH SEKSYEN 107(2) AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976