Skip to main content
MENU

PERTANDINGAN MELUKIS MURAL ‘TANGKAK STREET COLOURS’ SEMPENA AMAZING TANGKAK FESTIVAL 2025

Dengan segala hormatnya berhubung perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Pentadbiran ini akan menganjurkan Pertandingan Melukis Mural bersempena Amazing Tangkak Festival 2025 dengan tema “Tangkak Bersih, Hijau dan Bahagia”. Jabatan-jabatan kerajaan, institusi pendidikan dan firma swasta dijemput untuk turut serta memeriahkan acara ini melalui penyertaan dalam pertandingan tersebut.

3.     Sehubungan itu, Pentadbiran ini dengan sukacitanya menjemput dan mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Tuan/Puan. Bersama-sama ini dilampirkan risalah pertandingan untuk rujukan. Borang penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan di Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap, Majlis Daerah Tangkak, sebelum atau pada 25 Ogos 2025. Untuk makluman, penyertaan adalah percuma.

4.     Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi Pn. Noorhamiza binti Othman atau Pn. Emylia Emilda binti Nooraminudin di talian 06-9781261 samb. 252 atau 257.
Sekian, terima kasih.