MENU

Assalammualaikum w.r.t,

Alhamdulillah, saya mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan izin-Nya, dapatlah saya selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak (MDT) yang telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri untuk meneruskan kepimpinan dan usaha ke arah pencapaian misi dan visi Majlis Daerah Tangkak bersama-sama dengan semua warga kerja MDT sekalian.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan ke Portal Rasmi Majlis Daerah Tangkak. Majlis Daerah Tangkak telah maju setapak lagi seiring dengan arus globalisasi dan pembangunan teknologi maklumat dengan penyediaan perkhidmatan portal rasminya sendiri demi kemudahan dan keselesaan para penduduk Daerah Tangkak amnya dan kepada pembayar cukai di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tangkak khususnya di mana jua anda berada untuk mendapatkan manfaat daripada portal rasmi kami ini. Dunia tanpa sempadan kini membolehkan maklumat tersebar dengan pantas di mana seantero dunia dapat mengakses maklumat atau informasi di hujung jari di mana jua dan pada setiap masa.

Sesungguhnya kesudian tuan-tuan dan puan-puan melayari portal rasmi ini amat bermakna bagi kami dan saya berharap agar maklumat yang disediakan dalam portal rasmi ini akan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua. Pihak kami akan berusaha sedaya upaya untuk mempertingkatkan keupayaan dan memperkayakan informasi berguna dalam portal rasmi ini dari masa ke semasa.

Justeru itu, saya memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan khususnya para pembayar cukai dan pihak yang berkepentingan untuk terus memberikan sokongan dan juga idea yang membina kepada Majlis Daerah Tangkak ke arah mencapai visi dan misi organisasi ini.

Akhir kata selamat melayari Portal Rasmi Majlis Daerah Tangkak dan kami mengalu-alukan cadangan ataupun pandangan positif dan kreatif tuan-tuan dan puan-puan bagi penambahbaikan portal rasmi ini pada masa yang akan datang.

Sekian Salam Hormat, Terima Kasih.

YM UNGKU MOHD ZAFFRIN BIN UNGKU MOHD ZAMAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK.