MENU

Kedudukan  Majlis Daerah Tangkak Didalam Pentadbiran  Negeri Johor

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan Kerajaan di Peringkat Ketiga ataupun Kerajaan Tempatan selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selepas penyusunan semula Penguasa Tempatan dalam tahun 1976, Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.

Pada 01.01.2009 Mukim Kesang telah diambil oleh Majlis Daerah Tangkak daripada Majlis Perbandaran Muar hasil daripada persempadanan semula kawasan. Ini menjadikan Majlis Daerah Tangkak kini terdiri daripada gabungan 6 Mukim dan 10 buah Majlis Tempatan
Pusat pentadbiran Majlis Daerah Tangkak terletak di Tangkak iaitu kira-kira 203KM dari Barat Laut Johor Bahru (30 km dari utara Bandar Muar).Pentadbiran meliputi kawasan seluas 97,991.99 hektar dengan jumlah pegangan dianggarkan sebanyak 31,627 pada tahun 2015.
Statistik terkini jumlah penduduk Majlis Daerah Tangkak adalah seramai 132,778 iaitu meliputi juga seluruh Daerah Tangkak yang berkeluasan 242,142.50 ekar atau 97,991.99 hektar.

 

Struktur Pentadbiran Majlis Daerah Tangkak

 

Perkembangan Penguasa Tempatan Tangkak

1937: Lembaga Bandaran (Akta Lembaga Bandaran Bab 118)

1952: Ordinan Majlis Tempatan 1952, Majlis Tempatan ditubuhkan

1973: Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara)

1976: Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) 1976

1976 : Majlis Daerah Muar Utara (1.08.1976)

2001 : Pertukaran nama kepada Majlis Daerah Tangkak (1.04.2001)

2009: Pertambahan kawasan Kesang dalam Pentadbiran MDT (01.01.2009)

Majlis Daerah Tangkak merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor yang semakin berkembang pesat peranannya dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Selain daripada mempunyai Gunung Ledang yang kaya dengan ciri-ciri estetika dan hutan semula jadi di peringkat kebangsaan dan luar negara, Daerah Tangkak khususnya Bandar Tangkak merupakan satu bandar yang terkenal dengan bahan tekstil yang banyak pilihan dan murah.
Bandar Tangkak juga telah mendapat jolokan ‘Syurga Tesktil’ dan sentiasa menjadi tumpuan orang ramai daripada seluruh Malaysia.
 

Selaras pengisytiharan menjadi Daerah Ledang pada 09.06.2008, Majlis Daerah Tangkak terus mengorak langkah maju kehadapan dari pelbagai sudut pembangunan, akademik, infrastruktur, sosio-ekonomi dan sebagainya. Maka ciri-ciri antara lainnya telah menjadikaan Majlis Daerah Tangkak akan terus bertambah maju dan berkembang pesat. Berkuatkuasanya pewartaan pada 17.12.2015, nama Daerah Ledang telah ditukarkan kepada Daerah Tangkak sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor

  • Daerah Ledang juga telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai “Bandar Mampan “ di Peringkat kebangsaan pada tahun 2013, 2014 dan 2015.

 

Pautan Laman