Senarai Akta
Bagi mengukuhkan lagi sistem pentabiran Majlis Daerah Tangkak (MDT) ini, terdapat penambahan dari segi penggunaan akta, iaitu Akta A 933. Akta ini akan memperkukuhkan lagi penggunaan Akta 172 di MDT. Peranan terperinci akta-akta yang diguna pakai ini adalah seperti jadual dibawah :-
Bil | Akta | Undang-undang | Peranan |
---|---|---|---|
1. | Akta 171 | Akta Kerajaan Tempatan 1976 | Mengandungi peruntukan berhubung tanggungjawab pentadbiran, kewangan serta kuasa PBT, peranan dan tanggungjawab mengenai tempat awam, kesihatan, perdagangan, pengangkutan dan lalu lintas, tempat perkuburan, perlesenan, kadar dan nilaian serta alam sekitar. |
2. | Akta 172 | Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 | Peranan dan kuasa PBT di dalam mengatur, mengawal, merancang pemajuan dan kegunaan semua tanah dan bangunan di dalam kawasan pentadbirannya. |
3. | Akta A933 | Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan 1995) | Mengawal pembangunan, pemeliharaan pokok dan kawasan-kawasan kemajuan. |
4. | Akta 133 | Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 |
Kuasa PBT berhubung tanggungjawab perancangan jalan, parit dan bangunan di dalam kawasan pentadbirannya. |