MENU

Fungsi Dan Peranan Majlis Daerah Tangkak

(1) Menyedia perkhidmatan pentadbiran am pengurusan dan pemantauan sistem maklumat jabatan.

(2) Memberi perkhidmatan dan menguruskan projek-projek pembangunan infrastruktur dengan baik untuk penduduk dan pembayar cukai di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tangkak.

(3) Menentukan halatuju dan corak pembangunan Majlis Daerah Tangkak supaya terancang dan teratur, terkawal dan bersistematik bagi menjamin kualiti persekitaran penduduk Daerah Tangkak selesa, harmoni dan sejahtera.

(4) Menjalankan penilaian cukai yang adil dan saksama serta menguruskan harta-harta dengan cekap untuk meningkatkan hasil Majlis Daerah Tangkak secara keseluruhan dan mengurangkan tunggakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.

(5) Menyediakan perkhidmatan perakaunan yang meliputi bayaran dan kawalan perbelanjaan serta kutipan hasil Majlis Daerah Tangkak secara menyeluruh bagi memastikan pengurusan kewangan yang cekap selaras dengan peraturan kewangan yang sediada.

(6) Memberi perkhidmatan perbandaran dan persekitaran melalui kebersihan dan keindahan bandar serta mewujudkan suasana persekitaran yang sihat dan selesa kepada warga Majlis dan penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tangkak.

(7) Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain.

(8) Menyelia, mengawal dan melesenkan aktiviti perniagaan samada premis perniagaan atau penjaja serta menguruskan pengeluaran permit, lesen sementara dan lesen anjing dalam kawasan pentadbiran dan juga melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih cekap, tegas dan berhemah bagi menjamin kesejahteraan penduduk dalam pentadbiran Majlis Daerah Tangkak.

(9) Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih cekap, tegas dan berhemah bagi menjamin kesejahteraan penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tangkak.

(10) Merancang, menyelaras dan menguruskan semua aktiviti dan program-program berkaitan perhubungan awam, publisiti jabatan dan perhubungan media secara sistematik dan teratur serta bertanggungjawab mengawal selia aduan awam.

Pautan Laman