MENU

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Komitmen kami sebagai pihak berkuasa tempatan memberi perkhidmatan melalui Pengurusan Cemerlang Perkhidmatan Gemilang.

Pentadbiran Dan Sumber Manusia

  • Memastikan semua kakitangan Majlis Daerah Tangkak menghadiri latihan sekurang kurangnya 5 hari setahun.
  • Memastikan surat-surat yang diterima dirujuk ke jabatan / unit yang berkenaan untuk di ambil tindakan segera.
  • Memastikan latihan kakitangan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

Layanan Telefon Berkualiti

  • Kami memberi jaminan bahawa masalah ANDA akan dilayan dengan memuaskan, dan segala panggilan ANDA akan disalurkan kepada bahagian yang berkenaan dengan segera.

Sewaan Peralatan

  • Kelulusan Permohonan sewaan akan diberikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh terimaan surat permohonan.

Teknologi Maklumat

  • Mengemaskini maklumat dalam laman web Majlis Daerah Tangkak sekurang-kurangnya 1 kali seminggu.
  • Memberi maklumbalas e-mail kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.

JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

Segala urusan pindahmilik daripada pemaju akan dimaklumkan dengan segala syarat disertakan bersama dokumen-dokumen yang lengkap.

Anda boleh membuat bantahan ke atas taksiran cukai harta dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis pindaan dikeluarkan kepada anda.

Kami berjanji akan melayan hak-hak pembayar cukai seperti :-

  • Menjamin taksiran dibuat dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
  • Memberi kemudahan membayar cukai secara beransur-ansur.
  • Kami sedia membantu menyelesaikan masalah anda dan akan menyiasat setiap aduan yang diterima dan maklumatnya akan dirahsiakan.

 

JABATAN KEJURUTERAAN

Kami meluluskan permohonan sepertimana berikut dengan syarat di sertakan dokumen yang lengkap:-

  • Rumah Individu
    - 1 bulan ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan )
  • Projek Perumahan Kilang/ Bangunan Kekal
    - 3 / 4 bulan ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan )
  • Tambahan Kepada Rumah Dalam Projek
    - 3 / 4 minggu ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan )

Kelulusan Pelan Susunatur akan mengambil masa 3 – 4 bulan tertakluk kepada jabatan lain. Kami akan mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki ( CFO ) untuk:-

  • Rumah Individu
    - Tempoh 2 minggu ( tertakluk kepada mematuhi syarat-syarat kelulusan pelan )
  • Projek Perumahan, Kilang Dan Bangunan Bertingkat
    - Tempoh 3 minggu ( tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan pelan dan sokongan jabatan ).

JABATAN KEWANGAN

Perkhidmatan Kaunter Bayaran Di Ibu Pejabat:-

  • Anda dijamin akan diberikan layanan mesra,cekap dan memuaskan dalam tempoh 3 minit bagi bil secara tunai apabila sampai ke kerani penerima wang.

Perkhidmatan Kaunter Bayaran Cawangan:-

  • Anda dijamin akan diberikan layanan mesra, cekap dan memuaskan pada masa dan hari-hari pungutan di cawangan.

Bayaran Kepada Pembekal:-

  • Pembayaran kepada pembekal akan di bayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima sekiranya mematuhi segala proses prosedur meluluskan pembayaran.

 

JABATAN PERBANDARAN & KESIHATAN AWAM

Memastikan Pengurusan Sisa Pepejal Serta Pembersihan Awam ( PPSPPA ) yang dilaksanakan oleh kontraktor ( SWM ) mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian kontrak seperti berikut:-

Bil
Lokasi
Kerja-kerja
Kekerapan
1
 
 
Perumahan
Kutipan Sampah
3 Kali/ Minggu
Pembersihan Longkang
2 Kali/ Sebulan
Pemotongan Rumput
2 Kali/ Sebulan
2
Pusat Bandar
Kutipan Sampah
Setiap Hari
Pembersihan Jalan
Setiap Hari
3
Pusat Perniagaan
Kutipan Sampah
Setiap Hari
4
Pasar Awam
Kutipan Sampah
6 Kali/ Seminggu
5
Kawasan Industri
Kutipan Sampah Domestik
3 Kali/Minggu

 

JABATAN PERLESENAN & PENGUATKUASAAN

Bahagian Perlesenan

Kami berusaha untuk memberi layanan yang mesra kepada pelanggan dan membantu menyelesaikan masalah berhubungkait dengan permohonan dan kelulusan lesen / permit.

Lesen Perniagaan
Piagam Pelanggan
Perniagaan Tidak Berisiko

Serta Merta Dengan Syarat Dokumen Lengkap.

Perniagaan Berisiko

Serta-Merta Dengan Syarat Permohonan Dan Ulasan Jabatan Lengkap. Sekiranya Tidak Lengkap Akan Dibawa Ke Mesyuarat Untuk Pertimbangan Lesen Sementara.

Lesen Iklan

Serta-Merta Dengan Syarat Mengikut Garis Panduan.

Lesen Penjaja
Penjaja Bergerak - Serta-Merta Dengan Syarat Lokasi Sesuai
Penjaja Menetap - Serta-Merta Dengan Syarat Permohonan Lengkap Dengan Ulasan Pejabat Kesihatan Dan Pejabat Tanah Daerah
Lesen Sementara Luar Premis

1 Hari

Lesen Pasar Malam

1 Hari

Permit Sepanduk

Serta-Merta Dengan Syarat Mengikut Garis Panduan.

Permit Kaki Lima

Serta-Merta.

Permit Buah Bermusim
1 Hari

 

Bahagian Penguatkuasaan

  • Kami menjamin kesejahteraan penduduk dan menyelesaikan masalah penduduk berlandaskan undang-undang yang diguna pakai melalui tindakan penguatkuasaan yang cepat, cekap dan mesra rakyat.
  • Bersedia mendegar rayuan awam mengenai setiap kesalahan yang telah dilakukan dan menetapkan jumlah kompaun yang adil dan saksama
  • Bersedia menerima pengaduan awam dan membuat penyiasatan dengan cepat dalam tempoh 14 hari.

 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN KORPORAT

  • Sentiasa menghormati dan mengambil perhatian yang sewajarnya kepada setiap pelanggan yang datang berurusan.
  • Melayani setiap aduan yang dikemukakan dengan cepat dan betul kepada jabatan.
  • Menyelesaikan aduan awam dalam tempoh 15 hari ( bagi aduan yang tidak melibatkan kos ).
  • Memberikan perkhidmatan dan layanan yang memuaskan hati pelanggan yang ingin berurusan.

UNIT UNDANG-UNDANG

  • Kami menjamin kesejahteraan penduduk berlandaskan undang-undang yang digunapakai dengan cekap dan mesra pelanggan.
  • Menguruskan penyediaan perjanjian dan pendakwaan dalam tempoh 30 hari dengan tepat dan berkesan.
  • Melayani dan menyelesaikan proses aduan dan rayuan pelanggan dengan adil dan saksama.

 

PUSAT SETEMPAT ( OSC )

Bil
Definisi
Piagam (ADA RT)
1
Perihal Tanah (Pecah Sempadan dan Ubahsyarat) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan
111 HARI
2
Perihal Tanah (Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan
111 HARI
3
Perihal Tanah ( Pecah Sempadan dan Ubah Syarat) + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan
111 HARI
4
Perihal Tanah (Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan
108 HARI
5
Perihal Tanah (Pecah Sempadan + Ubah Syarat) + Kebenaran Merancang + Pelan Kejuruteraan
111 HARI
6
Perihal Tanah (Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Kejuruteraan
111 HARI
7
Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan
80 HARI
8
Perihal Tanah (Pecah Sempadan + Ubah Syarat) + Kebenaran Merancang
108 HARI
9
Perihal Tanah (Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang
108 HARI
10
Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan
69 HARI
11
Kebenaran Merancang + Pelan Kejuruteraan
80 HARI
12
Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan
80 HARI
13
Perihal Tanah (Pecah Sempadan dan Ubah Syarat)
108 HARI
14
Perihal Tanah (Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula)
108 HARI
15
Kebenaran Merancang
57 HARI
16
Pelan Landskap
57 HARI
17
Pelan Nama Taman
57 HARI
18
Pelan Nama Jalan
57 HARI
19
Pelan Kejuruteraan (PJ) termasuk Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Parit, Pelan Lampu Jalan
57 HARI
20
Pelan Kerja Tanah
57 HARI
21
Pelan Jalan  dan Perparitan dan Pelan Lampu Jalan
57 HARI
22
Pelan Lampu Jalan
57 HARI
23
Pelan Jalan dan Perparitan
57 HARI
24
PelanKerja Tanah + Pelan Jalan Dan Perparitan
57 HARI
25
Pelan Bangunan (PB)
69 HARI
26
Permit Untuk Pembinaan Kecil atau Perubahan dan Tambahan Kecil selaras UUK 18, UKBS 1984
69 HARI
27
Permit Sementara untuk Bangunan/Struktur Sementara selaras UUK 19, UKBS 1984
69 HARI

 

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN LANDSKAP

Bil
Jenis Permohonan
Piagam ( ADA RT )
1
Ulasan Kebenaran Merancang
14 HARI
2
Ulasan Tukar Syarat
30 HARI
3
Ulasan Pecah Bahagian
30 HARI
4
Sewa Pokok Bunga
14 HARI

 

UNIT AUDIT DALAM

  • Menjalankan pengaudit secara professional, cekap, amanah dan berkualiti berpandukan garis panduan pengauditan yang ditetapkan.
  • Memberikan cadangan penambahbaikan kepada jabatan berasaskan bukti yang diperolehi melalui kaedah pengauditan yang dijalankan.
  • Memastikan laporan atau pemerhatian audit dikeluarkan dengan tepat dan jelas.
  • Menyediakan program audit, rancangan tahunan audit dan laporan tahunan audit dalam.