Skip to main content
MENU

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS DAERAH TANGKAK KE PERBADANAN PENGANGKUTAN AWAM JOHOR (PAJ)

4 JULAI 2025 (Jumaat) –  Majlis Daerah Tangkak  yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Yang Di-Pertua Majlis Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dan di sambut mesra oleh Tuan Haji Shafiei bin Ahamad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta pengoperasian perkhidmatan bas percuma Bas Muafakat Johor (BMJ) di daerah Tangkak. Sesi ini turut menjadi platform perbincangan dua hala yang melibatkan aspek perancangan laluan, penambahbaikan mutu perkhidmatan dan usaha memastikan kelestarian operasi BMJ di daerah Tangkak.

Majlis Daerah Tangkak amat menghargai komitmen berterusan PAJ dalam menyokong usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam di daerah ini. Diharapkan jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkasa demi kesejahteraan dan kemudahan mobiliti rakyat khususnya di daerah Tangkak.