MENU

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Komitmen kami sebagai pihak berkuasa tempatan memberi perkhidmatan melalui Pengurusan Cemerlang Perkhidmatan Gemilang.

Pentadbiran Dan Sumber Manusia

  • Memastikan semua kakitangan Majlis Daerah Tangkak menghadiri latihan sekurang kurangnya 5 hari setahun.
  • Memastikan surat-surat yang diterima dirujuk ke jabatan / unit yang berkenaan untuk di ambil tindakan segera.

Layanan Telefon Berkualiti

  • Kami memberi jaminan bahawa masalah ANDA akan dilayan dengan memuaskan, dan segala panggilan ANDA akan disalurkan kepada bahagian yang berkenaan dengan segera.

Sewaan Peralatan

  • Kelulusan Permohonan sewaan akan diberikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh terimaan surat permohonan.

Teknologi Maklumat

  • Mengemaskini maklumat dalam laman web Majlis Daerah Tangkak sekurang-kurangnya 1 kali seminggu.
  • Memberi maklumbalas e-mail kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.

JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

Segala urusan pindahmilik daripada pemaju akan dimaklumkan dengan segala syarat disertakan bersama dokumen-dokumen yang lengkap.

Anda boleh membuat bantahan ke atas taksiran cukai harta dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis pindaan dikeluarkan kepada anda.

Kami berjanji akan melayan hak-hak pembayar cukai seperti :-

  • Menjamin taksiran dibuat dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
  • Memberi kemudahan membayar cukai secara beransur-ansur.
  • Kami sedia membantu menyelesaikan masalah anda dan akan menyiasat setiap aduan yang diterima dan maklumatnya akan dirahsiakan.
  • 1