MENU

Pengumuman : 

Majlis Daerah Tangkak ingin memaklumkan kepada semua pemilik harta di dalam kawasan pentadbiran Majlis, bahawa tarikh akhir bayaran cukai taksiran penggal pertama tahun 2017 yang berakhir pada 28 Februari 2017 dilanjutkan kepada 31 Mac 2017. 

Selaras dengan lanjutan tarikh pembayaran cukai taksiran tersebut, DENDA LEWAT BAYARAN CUKAI TAKSIRAN AKAN BERMULA PADA 01 APRIL 2017.

Pembayaran boleh di lakukan di Kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan MDT atau melalui Kaunter CIMB Cawangan Bkt Gambir dan Kaunter BSN seluruh negara. Pembayaran secara atas talian juga boleh di lakukan melalui JomPay, CIMB Clicks dan Maybank2u.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Daerah Tangkak di talian 06-9781261.

Sekian, terima kasih