MENU

Penyusunan semula dan penubuhan Majlis Daerah Tangkak adalah merupakan satu inspirasi sebuah Pentadbiran Kerajaan Tempatan untuk memastikan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru. Beberapa strategi dan aktiviti-aktiviti telah disusun dan dibentuk supaya pentadbiran Majlis Daerah Tangkak dapat menjalankan tanggungjawabnya bagi mencapai matlamat seperti berikut :-

  • Mewujudkan satu corak masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan bersefahaman tinggal di dalam kawasan bandar
  • Menggerakkan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan di dalam Daerah Tangkak
  • Mewujudkan sebuah pentadbiran yang berwibawa dan cekap untuk memberi perkhidmatan yang baik dan memuaskan penduduk-penduduk bandar dan kawasan sekitarnya