MENU

‘Low Carbon Challenge @ Tangkak’ Peringkat Daerah Sempena ‘Amazing Tangkak Festival’ 2024

Sukacita dimaklumkan, pentadbiran ini akan menganjurkan ‘Low Carbon Challenge @ Tangkak’ Peringkat Daerah Sempena ‘Amazing Tangkak Festival’ 2024. Jabatan-jabatan kerajaan, institusi-institusi pendidikan dan firma-firma swasta dijemput untuk memeriahkan dengan menyertai pertandingan tersebut yang akan berlangsung bermula 1 September sehingga 25 September 2024.

Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini menjemput dan mengalu-alukan penyertaan daripda pihak Tuan/ Puan dalam pertandingan ini. Bersama-sama ini disertakan risalah dan maklumat pertandingan berkaitan untuk rujukan pihak Tuan/Puan. Borang penyertaan dan dokumen laporan sebagaimana Lampiran 1 perlu disediakan dan dihantar kepada urusetia pertandingan di Jabatan Perancangan Dandar dan Landskap, Majlis Daerah Tangkak sebelum atau pada 25 September 2024. Untuk makluman, penyertaan ini adalah percuma.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan:
En. Mohd Hanafi bin Lazim/ Pn. Noorhamiza binti Othman atau Pn. Emylia Emilda binti Nooraminudin di talian 06-9781261 samb. 251/252/253 atau 254.

Muat turun syarat penyertaan disini.