MENU

JABATAN KEJURUTERAAN

Kami meluluskan permohonan sepertimana berikut dengan syarat di sertakan dokumen yang lengkap:-

  • Rumah Individu
    - 1 bulan ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan )
  • Projek Perumahan Kilang/ Bangunan Kekal
    - 3 / 4 bulan ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan )
  • Tambahan Kepada Rumah Dalam Projek
    - 3 / 4 minggu ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan )

Kelulusan Pelan Susunatur akan mengambil masa 3 – 4 bulan tertakluk kepada jabatan lain. Kami akan mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki ( CFO ) untuk:-

  • Rumah Individu
    - Tempoh 2 minggu ( tertakluk kepada mematuhi syarat-syarat kelulusan pelan )
  • Projek Perumahan, Kilang Dan Bangunan Bertingkat
    - Tempoh 3 minggu ( tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan pelan dan sokongan jabatan ).

JABATAN KEWANGAN

Perkhidmatan Kaunter Bayaran Di Ibu Pejabat:-

  • Anda dijamin akan diberikan layanan mesra,cekap dan memuaskan dalam tempoh 3 minit bagi bil secara tunai apabila sampai ke kerani penerima wang.

Perkhidmatan Kaunter Bayaran Cawangan:-

  • Anda dijamin akan diberikan layanan mesra, cekap dan memuaskan pada masa dan hari-hari pungutan di cawangan.

Bayaran Kepada Pembekal:-

  • Pembayaran kepada pembekal akan di bayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima sekiranya mematuhi segala proses prosedur meluluskan pembayaran.